PROFAIL SEKOLAH

BUTIR-BUTIR SEKOLAH

Kod Sekolah              :               KBC 0043
Nama Sekolah           :               SJK (C) KUALA KETIL
Alamat Sekolah         :               09300 KUALA KETIL, KEDAH
No Telefon / No Fax   :               04-4163351
Jenis Sekolah            :               Sekolah Jenis Kebangsaan
Gred Sekolah             :               B
Peringkat Sekolah      :               Prasekolah & Rendah
Sesi Persekolahan     :               Pagi
Alamat e-mail             :               KBC0043@moe.edu.my
Blog Sekolah              :             https://sjkckualaketil.blogspot.com/
Facebook Sekolah     :               SJKC Kuala Ketil
Jumlah Guru              :               16 orang
Jumlah Staf Sokongan:              4 orang
Jumlah Murid              :              151 orang
Pra Sekolah                :              25 orang

Kemaskini: 4/2/2021

LENCANA SEKOLAH



BENDERA SEKOLAH


  • Lambang buku mengingatkan murid-murid supaya sentiasa rajin membaca.
  • Semaian padi melambangkan sekolah ini terletak dalam Negeri Kedah.
  • Warna biru mengingatkan murid-murid sekolah bersatu, bekerjasama dan berani untuk menghadapi sebarang cabaran.      
  •  Warna merah bermaksud keberanian dan gagah.
  •   Warna ungu melambangkan kemesraan antara satu  sama lain.
  • Warna kuning melambangkan taat setia kepada Raja dan Negara.

Visi
Pendidikan berkualiti insan terbaik negara sejahtera

Misi
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 MATLAMAT ORGANISASI

·         Melahirkan Bangsa Malaysia yang Taat Setia dan Bersatu Padu
·         Melahirkan Insan Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan         
          Sejahtera
·         Menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk Keperluan Kemajuan Negara
·         Memberi Peluang-Peluang Pendidikan kepada semua Warganegara Malaysia

PIAGAM PELANGGAN

Warga SJK(C) Kuala Ketil dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada:

Murid
•        Mempastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang diperuntukkan
•         Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama
•         Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan kaunter pejabat
•         Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak
•       Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan bagi yang layak
•         Mengutamakan pencapaian pelajar terutamanya pencapaian asas dalam 3M

Ibu bapa/penjaga
•          Akan dilayan sama adil tanpa mengira status
•         Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberikan tidak lebih dari 3 hari 
          bekerja
•         Setiap cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh 
          pihak sekolah
•         Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari

Staff/Kakitangan
•          Staff dapat bekerja dalam suasana yang kondusif
•          Staff baru akan mendapat gaji dalam temph 3 bulan pertama
•          Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali 
           setahun
•          Guru seboleh-bolehnya akan dapat mengajar mengikut opsyen
•          Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat 
           perubahan
•         Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Stake Holder

Stake holder
•          Memastikan semua arahan JPN/KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera
•          Semua surat JPN/KPM akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan


SEJARAH SEKOLAH

SJK(C) Kuala Ketil ditubuhkan pada 1926. Ia terletak di rumah kedai Pengerusi Lembaga

Sekolah. Bilangan murid juga hanya lebih kurang 20 orang sahaja. Dari setahun ke setahun, bilangan murid kian bertambah. Hasil usaha 2 orang temaatan, bilangan kelas dapat ditambah. Pada ketika itu, sekolah itu dikenali sebagai Sekolah Rendah Wah Keow atau Sekolah Wah Lian.

Pada Zaman Jepun, sekolah ini terpaksa ditutup. Pada bulan Oktober 1945, setelah perang 
tamat, sekolah ini dibuka semula.


Pada 1955, dengan wang bantuan kerajaan, 3 buah bilik darjah didirikan. Pada 1961, 3 buah bilik darjah ditambah lagi hasil bantuan orang ramai.

Sekarang sekolah ini dikenali sebagai SJK(C) Kuala Ketil dan is terletak berhampiran Pekan Kuala Ketil.